Friday, February 19, 2010

Kembali.....


aku kembali lagi untuk kali ini....

sudah lama aku tinggalkan blog yg x seberapa ni....untuk separuh masa pertama 2010 ini aku akan mulakan pada hari ini.....

kenal x siapa kat pic sebelah ni?

bagi yg xkenal mesti cakap cantik gila perempuan ni....

aku mulakan posting aku pada tahun ini mengenai MEGAN FOX adalah lelaki.Walaupun dia tersangatlah hot tetapi kehadiran berita ini membuatkan aku terasa loya bila membaca,pelik tapi nakcakap benar pon aku x berani...

HOT TU!!!

ini keratan paper weeklyworldnews.com,sila baca tapi jangan terkejut plak ek.....

LOS ANGELES, CA – The internet has been abuzz since this Sunday’s Golden Globes ceremony, where Megan Fox jokingly remarked that she looked like a man.

When interviewed on the red carpet, she said “I look like Alan Alda in drag. I’m a tranny. I’m a man.”

At the time, reporters passed it off as a jovial attempt to cover for her nerves.

However, today she has cleared the air and officially reported: she’s really a man.

Megan Fox was born Mitchell Reed Fox in Rockwood, Tennessee. From an early age, Mitchell showed an interest in both performing and women’s clothing. When having a preacher lay hands on him did not ‘cure’ him of these interests, his parents simply put him on the pageant circuit.

By the age of 13, Mitchell had already started a career as a female child performer called ‘Megan Fox’. Making her debut on an Olsen Twins straight-to-video release, the twins have kept his secret all this time.

As a sweet 16 present, Fox’s parents offered him sexual reassignment surgery, which, given their child’s career, they’d hoped to write off as a business expense. Unfortunately laws prohibit such surgery to be done to minors.

Since then Megan has been working non-stop, and been included on many Hottest Women lists in publications around the world.

Megan, as she goes by now exclusively, also noted this Sunday how much she wants Salma Hayek’s figure. She has even scheduled surgery later this month to get it. After the two met in New York this week, Hayek offered to have a cast made of her bust so doctors can match them exactly on Megan Fox’s chest.

The internet is already speculating whether this news will be worked into the plot of the upcoming Transformers sequel.

hmm...ntah r.....mmg dia hot,tu je yg mampu aku komen....



Friday, March 20, 2009

FREEMANSON!!!!

Dr.Mahathir & Dato Seri Anwar Siapa Agen Yahudi


"Sama-samalah kita ambil iktibar akan perkara ini. Selamatkan Malaysia. TG Nik Aziz pernah mendedahkan keterlibatan ramai pemimpin UMNO dengan pertubuhan ini dulu.


Kronologi hubungan Dr.Mahathir dengan Yahudi

1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi

Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan 'luar biasa' Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato' Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya.

Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan 'asing' di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.

10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli.

Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.

1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan).

Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura.

Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.

1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan 'anak didik Kissinger'.

6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur". Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para 'intelek' Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP.

Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.

16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel.

Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272 ribu dolar Amerika dalam tahun 1966 kepada 565 ribu dolar Amerika dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari 1.1 juta dolar Amerika kepada hampir 1.7 juta dolar Amerika.

17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :"Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres". ..."Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa".

13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: "Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv.

Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik.

Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.

Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles. Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang.

Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan 'Hollywood' akan diwujudkan di Cyberjaya.

21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap 'terbuka'.

Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara.

Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk 'menginsafkan' pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.

1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.

September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.


p/s: Pemerintah sebeginikah yg akan membela ISLAM? bagi saya buanglah pengaruh Melayu tue, besok di masyar ALLAH swt takan tanya kenapa kita tolak parti melayu UMNO tue tapi ALLAH swt akan tanya kenapa kamu tolak ISLAM! dan kenapa kamu menyokong pemerintahan yg zalim??

masa tue takkan ada sesiapa dapat menolongnya... mungkin ada sesetengah dari kita takut bila isu2 perkauman dimainkan oleh pemerintah! tapi siapa yg mula mainkannya? ingat segala yg baik dan yg buruk itu ketentuan ALLAH swt. sama-sama kita fikirkan pilihan ditanggan saudara-saudari sekelian..........

Sunday, August 31, 2008

1st day kita berpuasa...

Selamat Berpuasa...

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam mahupun Islam yang hanya tinggal pada nama sahaja.Semoga anda semua menjalani ibadah wajib dalam rukun Islam dengan penuh keinsafan serta tawaduk ketika mengerjakannya.Dengan harapan ia akan mengubah cara hidup harian anda.

Bulan Ramadhan bulan yang teristimewa kerana di bulan inilah Al-quran diturunkan untuk mengubah serta menyuruh manusia supaya menjadikan ia sebagai 1 panduan hidup di muka bumi Allah ini.Maka hendaklah kita menghayati dengan penuh kesabaran supaya kita akan merasakan nikmatnya tersendiri.

Semoga di bulan yang penuh keberkatan ini kita berbaik-baik,ketepikan segala percanggahan idealogi,perselisihan faham serta perbezaan aliran politik supaya kita sebagai hamba kepada Allah dapat bersatu kembali demi mencapai nikmat bulan Ramadhan bersama.Elakkan diri daripada segala bentuk pembaziran.Insya-Allah...

[Amin]
Sudah Mengjangkau Lebih 51 Tahun...

Hari ini Malaysia telah memulakan separuh abad ke-2 iaitu bermulanya 50 tahun lagi Malaysia yang cuba bertahan sebagai sebuah negara yang berdaulat serta merdeka.Tetapi persoalan yang berlegar di minda rakyat sendiri ialah mampukah Malaysia bertahan lagi untuk 50 tahun yang akan datang???

Bermulanya pada tahun ini Malaysia akan memulakan lembaran baru dengan pelbagai masalah yang menimpa kepada rakyat,ekonomi serta senario politik Malaysia.Bagaimanakah kita melihat dari sudut itu untuk Malaysia bertahan sehingga mencecah usia 100 tahun yang akan datang.Dengan tanggungjawab yang ada pada rakyat adalah menentukan pemimpin yang bagaimanakah layak untuk menempuh segala rintangan bersama rakyat di era globalisasi sekarang.

Saya melihat ini sebagai 1 masalah yang wajib diselesaikan pada tahun ini juga.Ini kerana sedikit sahaja kita terlambat membuat keputusan,maka akan hancur 1 negara umpama dilanda tsunami yang datang mengejut.Ini kerana dari pemerhatian saya segala persiapan untuk menempuh 50 tahun yang akan datang adalah sangat tidak terurus serta goyah sekali.

Dengan RMK-9 yang dibentangkan tahun lepas terlampau banyak pembangunan tetapi telah menghiraukan segala aspek yang berkaitan akhlak atau sahsiah orang muda remaja serta segala lapisan masyarakat.Jikalau ini dihiraukan,maka segala perancangan yang telah dibuat bakal dirosakkan dan merosakkan segala yang ada.

Dalam Islam sendiri menyebut pembangunan atau kemajuan sesebuah tamadun itu hendaklah selari dengan semua perkara supaya segala perancangan tidak terencat pada masa akan datang.Maka 50 tahun yang akan datang ini kemungkinan akan menjadikan Malaysia maju tetapi rakyatnya akan mengalami kesusahan akibat pembangunan itu sendiri.

Jikalau ingin bercakap mengenai erti merdeka pada 50 tahun lagi kemungkinan sudah tidak relevan lagi.Ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk menerap rasa cinta kepada negara supaya rakyat sentiasa menghayati erti kemerdekaan.Jangan tunggu Malaysia diserang semula baru menggelabah kerajaan Malaysia ingin terap rasa cinta itu kerana sudah terlambat.

Jadi rakyat Malaysia perlulah membuat keputusan yang betul demi kepentingan negara serta masa depan Malaysia yang tidak tahu sampai bila lagi akan bertahan.Negara berdaulat serta merdeka akan menjadi pegangan semua rakyat ketika susah mahupun senang.Yang perlu kita rangka ialah bagaimana dengan masa depan Malaysia adakah sama dengan 50 tahun yang sebelum ini ataupun makin maju ataupun makin teruk.

Salam merdeka ke-51 tahun buat rakyat Malaysia yang tercinta tidak kira umur,agama,bangsa,perbezaan politik demi kebaikan Malaysia.[amin]

Saturday, August 30, 2008

bajet 2009 yg paling hambar!!!

Setelah beberapa bulan yang lalu,kerajaan Barisan Nasional telah mengalami tamparan yang hebat ketika PRU 12,semakin menjadi-jadi kejatuhan ekonomi Malaysia yang teruk dan sehingga ke hari ini semakin teruk.

Selepas beberapa ketika,perkara yang dijanjikan oleh BN iaitu tidak akan menaikkan harga bahan api mula menunjukkan belang serta ingin membalas apa yang rakyat buat keatas BN semasa PRU 12.

Apabila dilihat kepada ekonomi negara selepas hara bahan api dinaikkan secara mendadak serta tanpa rasa perihatin kepada rakyat,dengan berasa bangga Pak Dolah menegaskan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang stabil walhal perkara ini telah disedari oleh semua pakar-pakar ekonomi negara serta beberapa ahli cerdik pandai di Malaysia ini.

Apa yang dihidangkan pada hari ini oleh media utama negara ialah untuk memperbodohkan rakyat iaitu mengetengahkan bahawa ekonomi Malaysia dalam keadaan yang sangat baik.Hari ini kadar inflasi Malaysia meningkat serta ini adalah kadar yang paling tinggi pernah Malaysia alami dibawah tampuk kepimpinan Pak Dolah kita.

Selepas 1 per 1 perkara yang mengejutkan Pak Dolah serta ahli kabinetnya,hari Selasa yang lepas sekali lagi Malaysia telah dihidangkan dengan 1 keputusan yang telah dibuat oleh penduduk Permatang Pauh di pilihanraya kecil.DSAI telah menang besar dengan majoriti lebih berbanding DSWA.Ia umpama 1 gelanggang yang menemukan DSAI sedang berentap dengan KERAJAAN BARISAN NASIONAL.

Itulah 1 tamparan yang hebat buat Pak Dolah dan rakan baiknya Pak Ajib.Ini kerana ketika waktu berkempen mereka seumpama berkempen untuk pilihanraya umum walhal ini adalah 1 pertempuran yang kecil sahaja.Yang dilantik mengetuai kempen BN ialah Pak Ajib kita.Dengan keadaan kempen yang penuh dengan air liur yang bertubi-tubi mengangkat sumpah di dalam masjid mahupun diluar masjid tetapi apa hasialnya???

Hasilnya DSAI menang besar dan BN semakin merasakan mereka telah ditolak bulat-bulat oleh penduduk Malaysia sendiri dan akibatnya DSAI pula yang mengangkat sumpah di dalam Dewan Rakyat sebagai ahli Yang Berhormat selepas 10 tahun tidak menjejakkan kaki di situ.

Dan peranan yang seterusnya dimainkan oleh Pak Dolah ialah membentangkan bajet 2009 dengan penuh rasa kasih sayang kepada rakyat serta peluk ciumnya kepada rakyat.
Tetapi bajet kali ini banyak menceritakan mengenai kebajikan rakyat yang saya rasa telah diguna pakai oleh semua Kerajaan Pakatan Rakyat iaitu KERAJAAN PRIHATIN.

Hari ini ia telah di cilok oleh BN untuk menawan kembali hati rakyat yang sudah tawar kepada BN yang terang-terang menolak politik yang menhancurkan peribadi serta berunsur fitnah baik melayu,cina mahupun india.

Tidak ada langsung unsur-unsur di dalam bajet 2009 untuk merangsangkan ekonomi negara yang sedang merundum ini.Tiada langkah-langkah yang terbaik untuk memperbaiki ekonomi.Mmemang perlu menjaga kebajikan rakyat tetapi ia perlu dibangunkan dengan sekata.Ekonomi juga perlu dinaikkan sekali bagi menjamin kebajikan rakyat yang telah ditawarkan.

Itulah Malaysia hari ini!!!