Saturday, August 30, 2008

bajet 2009 yg paling hambar!!!

Setelah beberapa bulan yang lalu,kerajaan Barisan Nasional telah mengalami tamparan yang hebat ketika PRU 12,semakin menjadi-jadi kejatuhan ekonomi Malaysia yang teruk dan sehingga ke hari ini semakin teruk.

Selepas beberapa ketika,perkara yang dijanjikan oleh BN iaitu tidak akan menaikkan harga bahan api mula menunjukkan belang serta ingin membalas apa yang rakyat buat keatas BN semasa PRU 12.

Apabila dilihat kepada ekonomi negara selepas hara bahan api dinaikkan secara mendadak serta tanpa rasa perihatin kepada rakyat,dengan berasa bangga Pak Dolah menegaskan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang stabil walhal perkara ini telah disedari oleh semua pakar-pakar ekonomi negara serta beberapa ahli cerdik pandai di Malaysia ini.

Apa yang dihidangkan pada hari ini oleh media utama negara ialah untuk memperbodohkan rakyat iaitu mengetengahkan bahawa ekonomi Malaysia dalam keadaan yang sangat baik.Hari ini kadar inflasi Malaysia meningkat serta ini adalah kadar yang paling tinggi pernah Malaysia alami dibawah tampuk kepimpinan Pak Dolah kita.

Selepas 1 per 1 perkara yang mengejutkan Pak Dolah serta ahli kabinetnya,hari Selasa yang lepas sekali lagi Malaysia telah dihidangkan dengan 1 keputusan yang telah dibuat oleh penduduk Permatang Pauh di pilihanraya kecil.DSAI telah menang besar dengan majoriti lebih berbanding DSWA.Ia umpama 1 gelanggang yang menemukan DSAI sedang berentap dengan KERAJAAN BARISAN NASIONAL.

Itulah 1 tamparan yang hebat buat Pak Dolah dan rakan baiknya Pak Ajib.Ini kerana ketika waktu berkempen mereka seumpama berkempen untuk pilihanraya umum walhal ini adalah 1 pertempuran yang kecil sahaja.Yang dilantik mengetuai kempen BN ialah Pak Ajib kita.Dengan keadaan kempen yang penuh dengan air liur yang bertubi-tubi mengangkat sumpah di dalam masjid mahupun diluar masjid tetapi apa hasialnya???

Hasilnya DSAI menang besar dan BN semakin merasakan mereka telah ditolak bulat-bulat oleh penduduk Malaysia sendiri dan akibatnya DSAI pula yang mengangkat sumpah di dalam Dewan Rakyat sebagai ahli Yang Berhormat selepas 10 tahun tidak menjejakkan kaki di situ.

Dan peranan yang seterusnya dimainkan oleh Pak Dolah ialah membentangkan bajet 2009 dengan penuh rasa kasih sayang kepada rakyat serta peluk ciumnya kepada rakyat.
Tetapi bajet kali ini banyak menceritakan mengenai kebajikan rakyat yang saya rasa telah diguna pakai oleh semua Kerajaan Pakatan Rakyat iaitu KERAJAAN PRIHATIN.

Hari ini ia telah di cilok oleh BN untuk menawan kembali hati rakyat yang sudah tawar kepada BN yang terang-terang menolak politik yang menhancurkan peribadi serta berunsur fitnah baik melayu,cina mahupun india.

Tidak ada langsung unsur-unsur di dalam bajet 2009 untuk merangsangkan ekonomi negara yang sedang merundum ini.Tiada langkah-langkah yang terbaik untuk memperbaiki ekonomi.Mmemang perlu menjaga kebajikan rakyat tetapi ia perlu dibangunkan dengan sekata.Ekonomi juga perlu dinaikkan sekali bagi menjamin kebajikan rakyat yang telah ditawarkan.

Itulah Malaysia hari ini!!!

No comments: