Sudah Mengjangkau Lebih 51 Tahun...
Hari ini Malaysia telah memulakan separuh abad ke-2 iaitu bermulanya 50 tahun lagi Malaysia yang cuba bertahan sebagai sebuah negara yang berdaulat serta merdeka.Tetapi persoalan yang berlegar di minda rakyat sendiri ialah mampukah Malaysia bertahan lagi untuk 50 tahun yang akan datang???
Bermulanya pada tahun ini Malaysia akan memulakan lembaran baru dengan pelbagai masalah yang menimpa kepada rakyat,ekonomi serta senario politik Malaysia.Bagaimanakah kita melihat dari sudut itu untuk Malaysia bertahan sehingga mencecah usia 100 tahun yang akan datang.Dengan tanggungjawab yang ada pada rakyat adalah menentukan pemimpin yang bagaimanakah layak untuk menempuh segala rintangan bersama rakyat di era globalisasi sekarang.
Saya melihat ini sebagai 1 masalah yang wajib diselesaikan pada tahun ini juga.Ini kerana sedikit sahaja kita terlambat membuat keputusan,maka akan hancur 1 negara umpama dilanda tsunami yang datang mengejut.Ini kerana dari pemerhatian saya segala persiapan untuk menempuh 50 tahun yang akan datang adalah sangat tidak terurus serta goyah sekali.
Dengan RMK-9 yang dibentangkan tahun lepas terlampau banyak pembangunan tetapi telah menghiraukan segala aspek yang berkaitan akhlak atau sahsiah orang muda remaja serta segala lapisan masyarakat.Jikalau ini dihiraukan,maka segala perancangan yang telah dibuat bakal dirosakkan dan merosakkan segala yang ada.
Dalam Islam sendiri menyebut pembangunan atau kemajuan sesebuah tamadun itu hendaklah selari dengan semua perkara supaya segala perancangan tidak terencat pada masa akan datang.Maka 50 tahun yang akan datang ini kemungkinan akan menjadikan Malaysia maju tetapi rakyatnya akan mengalami kesusahan akibat pembangunan itu sendiri.
Jikalau ingin bercakap mengenai erti merdeka pada 50 tahun lagi kemungkinan sudah tidak relevan lagi.Ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk menerap rasa cinta kepada negara supaya rakyat sentiasa menghayati erti kemerdekaan.Jangan tunggu Malaysia diserang semula baru menggelabah kerajaan Malaysia ingin terap rasa cinta itu kerana sudah terlambat.
Jadi rakyat Malaysia perlulah membuat keputusan yang betul demi kepentingan negara serta masa depan Malaysia yang tidak tahu sampai bila lagi akan bertahan.Negara berdaulat serta merdeka akan menjadi pegangan semua rakyat ketika susah mahupun senang.Yang perlu kita rangka ialah bagaimana dengan masa depan Malaysia adakah sama dengan 50 tahun yang sebelum ini ataupun makin maju ataupun makin teruk.
Salam merdeka ke-51 tahun buat rakyat Malaysia yang tercinta tidak kira umur,agama,bangsa,perbezaan politik demi kebaikan Malaysia.[amin]
Sunday, August 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment