Sunday, August 31, 2008

1st day kita berpuasa...

Selamat Berpuasa...

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam mahupun Islam yang hanya tinggal pada nama sahaja.Semoga anda semua menjalani ibadah wajib dalam rukun Islam dengan penuh keinsafan serta tawaduk ketika mengerjakannya.Dengan harapan ia akan mengubah cara hidup harian anda.

Bulan Ramadhan bulan yang teristimewa kerana di bulan inilah Al-quran diturunkan untuk mengubah serta menyuruh manusia supaya menjadikan ia sebagai 1 panduan hidup di muka bumi Allah ini.Maka hendaklah kita menghayati dengan penuh kesabaran supaya kita akan merasakan nikmatnya tersendiri.

Semoga di bulan yang penuh keberkatan ini kita berbaik-baik,ketepikan segala percanggahan idealogi,perselisihan faham serta perbezaan aliran politik supaya kita sebagai hamba kepada Allah dapat bersatu kembali demi mencapai nikmat bulan Ramadhan bersama.Elakkan diri daripada segala bentuk pembaziran.Insya-Allah...

[Amin]

No comments: